Tuesday 18 August 2009

RAHASIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQ ABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Monday 17 August 2009

PESANAN UNTUK SAHABAT (Petikan dari e-mail)

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali .....
1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah,
Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.





Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ........
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun Taat itu ubatnya
5. Seluruh tahun itu racun ,Ramadan itu ubatnya.



Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

AZAB BAGI WANITA (Dipetik dari E-mail)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat.Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri..... Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullahmenangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, 'Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.. 'Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituang
kan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking..Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan kedalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar darilubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,'kata Nabi. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa sepertiitu? * Rasulullah menjawab, 'Wahai putriku, adapun mereka yang tergantungrambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutuprambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. * Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori'tempat tidurnya. *Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidaktaat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuanyang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena iaberhiasuntuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api nerakakarena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lainbersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukanmuhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atasubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisashalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. *Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himarialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialahperempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.'
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turutmenangis..

KISAH MODEN PENUH TELADAN (Di petik dari email.)

Kisah-1Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dariRM3000.2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,Set Sofa) serta teratur Dan kemas.7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulanSedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.3. Sering membaca Surah Al-Waqiah4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.6. Suka menolong orang Dan memberi derma7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.Kisah-2Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan mintaGaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun keretaBaru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)4. Sering bertengkar dengan isteri.5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.Ceritanya begini...Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorangsahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yangpaling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun keranadia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...