Tuesday 15 September 2009

ZIKIR SEPANJANG RAMADAN - A.R.Romzi

DOA adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam supaya memperbanyakkan doa kepada Allah.Doa dan Ramadan juga saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa. Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: “Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya.”

HINDARI AKHLAK BURUK - A.R.Romzi

5 perkara hindar akhlak burukApa yang wajar perlu diketahui ,orang mukmin yang berpuasa wajiblah meninggalkan akhlak-akhak yang buruk yang tiada memberikan kemanafaatan pada dirinya dan juga kepada orang lain.Sewajibnya kita sebagai orang mukmin mestilah menjaga diri tanpa melakukan amalan ghibah seperti mengata orang lain, mengumpat, memfitnah ,hasad dengki, dendam kesumat.Tingkah laku dan adab sopan yang baik mencerminkan budi pekerti yang luhur bagi orang mukmin.
Sempena di bulan Ramadan yang penuh berkah dan Rahmat ini,Kita sebagai orang mukmin amatlah dianjurkan dan digalakan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw.Dengan selalu menyebut dan mengingati pesanan Rasulullah itu, Insya Allah mudah-mudahan dapatlah jua memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua semasa menghayati sepanjang Ramadan ini.Sesungguhnya Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:
 Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk;
 Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia;
 Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan;
 Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga; dan
 Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat memberikan kemenafaatan untuk kehidupan kita dalam menghayati sepanjang Ramadan ini.


(G.bob)

TUJUH ORANG DINAUNGI ALLAH DI AKHIRAT - AR.Romzi

RASULULLAH SAW pernah bersabda: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu MajahHadis di atas itu menjelaskan dan menerangkan bahawa tujuh golongan yang bakal mendapat naungan dari Allah di hari akhirat kelak iaitu:

1.Pemerintah yang adil yang memikul tanggungjawab untuk memerintah dalam melaksanakan tugasnya yang begitu berat .Dan sesungguhnya bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengenai tentang perkara keadilan terhadap semua rakyat.

2. Pemuda sepanjang keremajaannya yang sentiasa taat dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Meskipun masa keremajaannya itu diuji berbagai pelbagai cubaan dan godaan namun ditempuhinya dengan berjaya melepasi rintangan.Dan bukanlah mudah menjadi seorang pemuda yang mempunyai keterampilan akhlak budi dan jati diri yang tinggi, kerana banyak pengaruh luaran yang boleh mempengaruhi jiwa keremajaannya.Apatah lagi jiwa remaja itu suka cuba dan mencuba. Dengan berbekalan keteguhan ilmu iman dan takwa, Cara amalan kehidupan pemuda inilah akan memberikan aset kemenafaatan yang berguna dan harapan kepada bangsa ugama negara untuk menjadi pemimpin dan pembangun negara.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,dan di mana kedua-duanya berpisah juga kerana Allah.Perhubungan terjalin dengan ikhlas dan berpisah
dengan ikhlas tanpa bercanggah dengan syairat dan melanggar batas ugama serta juga menjaga maruah dan adab sopan sepanjang perhubungan tanpa menjurus ke arah kemaksiatan,ianya akan mendapat pahala dan keberkatan hidup dari keredaan Allah.

5.Pemuda yang digoda oleh perempuan kaya lagi cantik dengan memujuk untuk
melakukan perrzinaan , lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”……..Kekuatan hati pemuda itu menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan perempuan cantik lagi kaya itu. Justeru itu bukannya mudah jika tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu yang boleh menundukkan manusia dari terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Perbuatan bersedekah dengan ikhlas amatlah digalakan,ianya dituntut di dalam islam.Kita dapatlah membantu untuk meringankan bebanan orang yang susah.Semakin kita bersedakah,semakin bertambah kebajikan dan semakin berlipat ganda pahala.Allah akan memberikannya reziki belipat kali ganda…..

7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan menitis air matanya kerana mengingatkan-Nya.

BETAPA CINTA RASULULLAH KEPADA UMATNYA KETIKA SAAT MENJELANG AJAL - A.R.Romzi

Semana-mana di luar pintu kedengaran seorang yang berseru mengucapkan salam dan sambil
Bertanya "Bolehkah saya masuk?"

Walaubagaimanapun anak Rasulullah yang bernama Fatimah tidak mengizinkannya masuk orang itu.

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," Kata Fatimah sambil membalikkan badan dan menutup pintu itu.Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan juraian tangisnya.Dia amat sayangkan ayahnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.


"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" "peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

UBAT PENAWAR HATI - A.R.Romzi

Hidup ini jika dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan .Insyallah ianya akan membuahkan hati yang tenang dan damai.Orang yang beriman dan bertakawa akan mengutamakan kebersihan hatinya dengan berbuat amalan kebajikan yang diredai Allah.Apa lagi kita sebagai manusia yang banyak melakukan dosa dan noda di muka bumi ini wajarlah mengikut jejak mereka agar tidak
di landa keresahan,ketamakan ,hasad dengki dan dendam.Justeru itu kita wajarlah merawat
hati kita dengan 5 penawar hati yang disebutkan di bawah ini:



1. Bergaul dan bertemanlah dengan orang-orang soleh
2. Sentiasa membaca Al-Quran
3. Memelihara perut daripada perkara yang haram
4. Melakukan solat malam
5. Selalu berzikir dan berdoa terutamanya pada waktu subuh


Sampaikan olehu walau satu Hayat....

AMALAN SEPANJANG BULAN RAMADAN - A.R.Romzi

Bismillahirrama Nirrahiim…..Marilah bertakwa kepada Allah…Mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan Menjauhi apa yang di larang-Nya.Semoga kita semua beroleh Rahmat-Nya.

Di bulan puasa yang penuh berkah,rahmat dan ampunan dari Allah ini, marilah kita sama-sama merebut peluang di bulan kebesaran ini. Di mana bulan Ramadan ini adalah penghulu segala bulan,di mana bulan Ramadan ini terdapat satu malam,iaitu malam lailatulqadar. malam yang baik dari seribu bulan…Apa yang kita ketahui malam itu adalah turun para malaikat dengan membawa rahmat hingga terbit fajar.

Sewajarnya kita tidak mempersiakan di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan.Berumur maka berumur….Belum pasti bulan Ramadan yang akan datang menemui kita semua.Marilah beramal dengan ikhlas mengikut kemampuan kita semua.Semoga Allah memberikan keredaan-Nya kepada kita Semua.Cubalah kita amalkan dengan istiqamah .Tapi amalan ini bukanlah satu paksaan.Apa yang penting hati ada keikhlasan. Amalan berkekalan walaupun sedikit itu dikasihi Allah…..


Pada Waktu Pagi ,Kita bersolat sunat Subuh dan fardu Subuh, Selepas kita menunaikan solat fardu subuh,kemudian kita berwirid biasa dan berdoa kepada
Allah.

Kita juga perbanyakkan ZIKIR: La Ilahaillahllah Muhammadarasulullah.
(Sebanyak-banyaknya) dan Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari.TASBIH: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung…( (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat)

BESELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kaliKita amalkan juga solat-solat sunat seperti: Solat Sunat Isyraq, Solat Sunat Dhuha,Solat sunat Tasbih dan kita juga memperbanyakkan membaca al-Quran,Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


Pada waktu Tengah Hari kita bersolat sunat Zuhur dan Fardhu Zuhur serta berwirid dan doa kepada AllahKita amalakan bacaan ISTIGHFAR sebanyak 70 kali/100 kali yang bermaksud : Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya),Kita juga beristighfar untuk memohon keampunan ibu bapa sebanyak 70 kali/100 kali yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.Bahkan juga kita
beristigafar untuk memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.Pada Waktu Petang , kita bersolat sunat Asar dan Fardhu Asar,selepas solat fardu asar,kita dianjurkan berwirid dan berdoa kepada Allah.


Kita juga mengamalkan perbanyakkan zikir (tahlil) sebanyak yang boleh. )Tiada Tuhan melainkan Allah), bertasbih yang bermasksud: Maha Suci Allah yang maha Tinggi (100 kali) .Maha suci Allah yang maha agung (100 kali), Bertakbir (100 kali) dan tidak lupa kita dianjurkan membaca selawat kepada Nabi yang kita cintai sebanyak (10/100 kali.)Pada waktu Maghrib ketika kita bersungaki berbuka puasa dan mendirikan solat Fardu Magrib dan sunaat Maghrib serta mengerjakan amalan-amalan sunat.

Pada waktu Isyak,kita bersolat sunat Isyak dan fardu Isyak,solat sunat Terawih, sunat witir dan membaca al-QuranPada waktu tengah Malam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuhkita bersolat sunat wuduk,Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa serta Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa) dan memperbanyakkan Berzikir kepada Allah,bertasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).Dan Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiadasuatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah).

Setelah masuk waktu Subuh,Kita bersolat sunat Subuh, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh).kita digalakan membacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)Di bulan Ramadan ini, kita digalakan membanyakkan berbuat kebajikan seperti Bersedekah.Kerana bersedekah di bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkah ini amatlah tinggi pahalanya dan kelebihannya.kerananya jua menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya,dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.


Begitulah kelebihan sepanjang bulan Ramadan yang banyak keistemiwaan dan kelebihannya.Terpulanglah pada kita sebagai orang mukmin menafaatkannya.
Kerana keistimewaan bulan Ramadan ini belum tentu menjanjikan di bulan Ramadan yang akan datang.Ingatlah usia kita semakin susut sedang perjalanan
ajal semakin dekat.


Sampaikan olehmu walaupun satu ayat
Yang benar itu datangnya dari Allah
Yang khilaf itu datangnya dari Hamba-Nya.

Tuesday 18 August 2009

RAHASIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQ ABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.