Tuesday 15 September 2009

TUJUH ORANG DINAUNGI ALLAH DI AKHIRAT - AR.Romzi

RASULULLAH SAW pernah bersabda: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu MajahHadis di atas itu menjelaskan dan menerangkan bahawa tujuh golongan yang bakal mendapat naungan dari Allah di hari akhirat kelak iaitu:

1.Pemerintah yang adil yang memikul tanggungjawab untuk memerintah dalam melaksanakan tugasnya yang begitu berat .Dan sesungguhnya bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengenai tentang perkara keadilan terhadap semua rakyat.

2. Pemuda sepanjang keremajaannya yang sentiasa taat dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Meskipun masa keremajaannya itu diuji berbagai pelbagai cubaan dan godaan namun ditempuhinya dengan berjaya melepasi rintangan.Dan bukanlah mudah menjadi seorang pemuda yang mempunyai keterampilan akhlak budi dan jati diri yang tinggi, kerana banyak pengaruh luaran yang boleh mempengaruhi jiwa keremajaannya.Apatah lagi jiwa remaja itu suka cuba dan mencuba. Dengan berbekalan keteguhan ilmu iman dan takwa, Cara amalan kehidupan pemuda inilah akan memberikan aset kemenafaatan yang berguna dan harapan kepada bangsa ugama negara untuk menjadi pemimpin dan pembangun negara.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,dan di mana kedua-duanya berpisah juga kerana Allah.Perhubungan terjalin dengan ikhlas dan berpisah
dengan ikhlas tanpa bercanggah dengan syairat dan melanggar batas ugama serta juga menjaga maruah dan adab sopan sepanjang perhubungan tanpa menjurus ke arah kemaksiatan,ianya akan mendapat pahala dan keberkatan hidup dari keredaan Allah.

5.Pemuda yang digoda oleh perempuan kaya lagi cantik dengan memujuk untuk
melakukan perrzinaan , lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”……..Kekuatan hati pemuda itu menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan perempuan cantik lagi kaya itu. Justeru itu bukannya mudah jika tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu yang boleh menundukkan manusia dari terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Perbuatan bersedekah dengan ikhlas amatlah digalakan,ianya dituntut di dalam islam.Kita dapatlah membantu untuk meringankan bebanan orang yang susah.Semakin kita bersedakah,semakin bertambah kebajikan dan semakin berlipat ganda pahala.Allah akan memberikannya reziki belipat kali ganda…..

7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan menitis air matanya kerana mengingatkan-Nya.

No comments:

Post a Comment