Tuesday 15 September 2009

AMALAN SEPANJANG BULAN RAMADAN - A.R.Romzi

Bismillahirrama Nirrahiim…..Marilah bertakwa kepada Allah…Mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan Menjauhi apa yang di larang-Nya.Semoga kita semua beroleh Rahmat-Nya.

Di bulan puasa yang penuh berkah,rahmat dan ampunan dari Allah ini, marilah kita sama-sama merebut peluang di bulan kebesaran ini. Di mana bulan Ramadan ini adalah penghulu segala bulan,di mana bulan Ramadan ini terdapat satu malam,iaitu malam lailatulqadar. malam yang baik dari seribu bulan…Apa yang kita ketahui malam itu adalah turun para malaikat dengan membawa rahmat hingga terbit fajar.

Sewajarnya kita tidak mempersiakan di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan.Berumur maka berumur….Belum pasti bulan Ramadan yang akan datang menemui kita semua.Marilah beramal dengan ikhlas mengikut kemampuan kita semua.Semoga Allah memberikan keredaan-Nya kepada kita Semua.Cubalah kita amalkan dengan istiqamah .Tapi amalan ini bukanlah satu paksaan.Apa yang penting hati ada keikhlasan. Amalan berkekalan walaupun sedikit itu dikasihi Allah…..


Pada Waktu Pagi ,Kita bersolat sunat Subuh dan fardu Subuh, Selepas kita menunaikan solat fardu subuh,kemudian kita berwirid biasa dan berdoa kepada
Allah.

Kita juga perbanyakkan ZIKIR: La Ilahaillahllah Muhammadarasulullah.
(Sebanyak-banyaknya) dan Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari.TASBIH: Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung…( (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat)

BESELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kaliKita amalkan juga solat-solat sunat seperti: Solat Sunat Isyraq, Solat Sunat Dhuha,Solat sunat Tasbih dan kita juga memperbanyakkan membaca al-Quran,Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


Pada waktu Tengah Hari kita bersolat sunat Zuhur dan Fardhu Zuhur serta berwirid dan doa kepada AllahKita amalakan bacaan ISTIGHFAR sebanyak 70 kali/100 kali yang bermaksud : Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya),Kita juga beristighfar untuk memohon keampunan ibu bapa sebanyak 70 kali/100 kali yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.Bahkan juga kita
beristigafar untuk memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.Pada Waktu Petang , kita bersolat sunat Asar dan Fardhu Asar,selepas solat fardu asar,kita dianjurkan berwirid dan berdoa kepada Allah.


Kita juga mengamalkan perbanyakkan zikir (tahlil) sebanyak yang boleh. )Tiada Tuhan melainkan Allah), bertasbih yang bermasksud: Maha Suci Allah yang maha Tinggi (100 kali) .Maha suci Allah yang maha agung (100 kali), Bertakbir (100 kali) dan tidak lupa kita dianjurkan membaca selawat kepada Nabi yang kita cintai sebanyak (10/100 kali.)Pada waktu Maghrib ketika kita bersungaki berbuka puasa dan mendirikan solat Fardu Magrib dan sunaat Maghrib serta mengerjakan amalan-amalan sunat.

Pada waktu Isyak,kita bersolat sunat Isyak dan fardu Isyak,solat sunat Terawih, sunat witir dan membaca al-QuranPada waktu tengah Malam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuhkita bersolat sunat wuduk,Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa serta Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa) dan memperbanyakkan Berzikir kepada Allah,bertasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).Dan Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiadasuatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah).

Setelah masuk waktu Subuh,Kita bersolat sunat Subuh, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh).kita digalakan membacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)Di bulan Ramadan ini, kita digalakan membanyakkan berbuat kebajikan seperti Bersedekah.Kerana bersedekah di bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkah ini amatlah tinggi pahalanya dan kelebihannya.kerananya jua menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya,dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.


Begitulah kelebihan sepanjang bulan Ramadan yang banyak keistemiwaan dan kelebihannya.Terpulanglah pada kita sebagai orang mukmin menafaatkannya.
Kerana keistimewaan bulan Ramadan ini belum tentu menjanjikan di bulan Ramadan yang akan datang.Ingatlah usia kita semakin susut sedang perjalanan
ajal semakin dekat.


Sampaikan olehmu walaupun satu ayat
Yang benar itu datangnya dari Allah
Yang khilaf itu datangnya dari Hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment